Riena Diana Mengamuk Kekasih ‘Disondol’ Wanita Lain, “Saya Rasa Amat Sedih”

Pelakon, Riena Diana mendedahkan beliau pernah berdepan dengan pengalaman pahit dalam percintaan selepas bekas teman lelakinya dirampas wanita lain.

riena diana mengamuk kekasih ‘disondol’ wanita lain, “saya rasa amat sedih”

Menurut pemilik nama sebenar Nur Qamarina Diana Zulreal, meskipun kejadian berlaku sudah lama, namun ia masih terkesan dihati hingga kini.

 

"Kejadian kekasih disondol ini sudah lama berlaku iaitu zaman selepas saya sekolah lagi. Tiga tahun bercinta tiba-tiba dirampas wanita lain.

"Selepas kejadian itu, saya sangat marah hingga mengamuk kerana terlalu kecewa. Malah, saya juga rasa amat sedih.

"Tak sangka saya hanya jaga jodoh orang selama ini.

"Bagaimanapun, fikiran semakin matang dan saya akhirnya reda dan dapat terima hakikat yang antara kami tiada jodoh selepas beberapa tahun.

"Kalau tidak ditakdirkan untuk kita, maksudnya tidak. Walaupun selama mana cuba bercinta dengannya," katanya.

riena diana mengamuk kekasih ‘disondol’ wanita lain, “saya rasa amat sedih”

Disoal mengenai statusnya ketika ini, Riena akui dirinya masih single dan pintu hatinya terbuka untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki, termasuklah suami orang hingga perlu bermadu.

 

"Status saya sekarang single dan masih lagi mencari. Pada usia sekarang, saya memang ke arah itu (perkahwinan).

"Kalau boleh saya mahu jadi satu-satunya wanita dalam hidupnya sampai ke syurga. Namun jika ditakdirkan jalan hidup saya terpaksa bermadu, saya terima dengan hati terbuka.

"Saya mendambakan lelaki yang bertanggungjawab dan ada rasa hormat. Harap dapat doakan yang terbaik buat saya," kata beliau.

 

Sumber: BH