“Kalau Pandai Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tidak Guna,” – Zulin Aziz

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz tampil mempertahankan segelintir golongan wanita yang dikecam gara-gara tidak tahu menyiang ikan.

“kalau pandai siang ikan tapi malas masak pun tidak guna,” – zulin aziz

Menurut pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, beliau juga akui tidak pandai menyiang ikan serta memotong ayam, selepas tular video yang mengecam pengacara sebuah rancangan televisyen dilihat kekok ketika sedang menyiang ikan dalam program siaran langsung itu, baru-baru ini.

 

Malah menurut Zulin, perkara seperti itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar hingga mencetuskan kecaman netizen di media sosial.

 

“Tidak reti siang ikan pun kena kecam. Kalau pandai siang ikan tetapi malas masak pun tidak guna.

“Sekarang beli ikan semua siap siang. Tidak perlulah semua benda hendak dikecam.

“Aku pun tidak reti (pandai) siang ikan dan memotong ayam.

“Memotong sayur pun adakalanya bentuk hati, segi tiga, petak, bujur dan semua ada ikut suka hati aku,” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

 

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan seorang pengacara sebuah program televisyen dilihat seperti tidak tahu menggunakan pisau untuk menyiang ikan, ketika program itu bersiaran secara langsung.

 

Ekoran itu, ramai netizen terutamanya dalam kalangan lelaki mempertikai perkara tersebut, selain membandingkan rutin di dapur itu sebagai satu bentuk sindiran khasnya buat wanita yang cantik dan berkerjaya.

 

Sumber: Instagram Zulin Aziz