Instafamous Dikritik Jadi Pelakon, Ini Respon Sharifah Rose

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah membuat ciapan di Twitter mendakwa ada segelintir Instafamous yang menjadi pelakon sambil mempersoalkan sama ada mereka berbakat atau tidak.

 

 

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama Instafamous tersebut, segelintir warganet mengaitkan ia dengan nama Sharifah Rose yang kebetulan sedang terbabit dalam penggambaran sebuah drama.

instafamous dikritik jadi pelakon, ini respon sharifah rose

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, beliau tidak terasa dengan kritikan yang dilemparkan sebaliknya terbuka dengan setiap pandangan.

 

Menurutnya, beliau belajar daripada kritikan yang dilemparkan, sambil mengakui mengikut kelas lakonan daripada pelakon dan pengarah berkaliber, Ellie Suriaty.

instafamous dikritik jadi pelakon, ini respon sharifah rose

Tambahnya lagi, beliau tidak tahu dari mana datangnya kritikan terhadap lakonan beliau kerana drama yang dilakonkannya itu belum lagi ditayangkan.

 

 

Untuk rekod, Sharifah Rose sangat dikenali menerusi laman Instagram dengan mempunyai lebih daripada 705 ribu pengikut.

 

Sumber: [1]