Dari Sebelum Kahwin Lagi Remy Ishak Dah Ada Nama Untuk Anak

Pelakon, Remy Ishak mendedahkan beliau sudah ada nama untuk diberikan kepada cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan kelak.

dari sebelum kahwin lagi remy ishak dah ada nama untuk anak

Menurut Remy, nama itu sudah dipilih sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Ezza Yusof lagi.

 

"Sebenarnya nama anak sebelum kahwin lagi saya sudah ada dalam senarai pilihan. Kalau dapat bayi perempuan nama apa, lelaki pun ada senarai.

"Saya pun dah berbincang dengan isteri mengenai nama-nama yang saya suka. Dia pun nampaknya seperti tak ada masalah.

"Nama itu saya pilih kerana waktu dulu saya memang suka cipta gabungan nama yang saya suka tetapi bukan merujuk pada individu tertentu," katanya.

 

Isteri pelakon itu yang kini sudah memasuki trimester kedua, juga tidak mengalami sebarang alahan seperti wanita hamil yang lain.

 

"Alhamdulillah isteri dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan dan tiada pula mengidam yang pelik-pelik.

"Cuma dia sekarang jadi agak sensitif sikit," ujarnya.

 

Remy dan Ezza telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

dari sebelum kahwin lagi remy ishak dah ada nama untuk anak

Sumber: Astro Gempak