Reen Rahim Bakal Kahwin Mr. H, Enggan Dedah Mahu Elak Penyakit ‘Ain’

Pelakon, Reen Rahim mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini.

insiden dicekik hingga hampir lemas, reen rahim bukannya mengada-ngada

Beliau yang enggan berkongsi tarikh sebenar serta identiti pilihan hati yang hanya dikenali sebagai Mr. H berkata ia adalah bagi mengelakkan daripada terkena penyakit ‘ain’.

 

Ujar Reen, Mr.H adalah seorang ahli perniagaan dan juga penggiat seni. Mereka sudah berkawan hampir dua tahun dan jejaka itu juga enam tahun lebih muda daripadanya yang kini berusia 34 tahun.

 

Reen turut meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinannya itu mendapat tajaan berjumlah RM15 juta untuk tiga majlis.

 

“Kalau boleh saya nak buat satu majlis saja, tapi memandangkan ada pihak yang sudi menaja, kami memutuskan untuk menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

“Ke semua majlis ini akan diuruskan oleh sahabat-sahabat saya kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis itu nanti,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

 

Terdahulu, Reen dan Mr.H telah bertunang pada Ogos lalu namun memilih untuk merahsiakan hubungan itu demi menhormati permintaan keluarga.

 

Sumber: URTV