Nama pelakon, Shasha Abedul semakin dikenali sehak daripada drama bersiri Projek Achor menerusi watak Hani.
Sejak daripada itu, Shasha tidak terlepas daripada dikritik dan dikecam warganet dalam beberapa perkara, sama ada baik atau buruk.
Bagaimanapun menurut pelakon berusia 26 tahun ini, sejak terlibat dalam industri enam tahun lalu, beliau tidak pernah terasa hati dan menganggap kritikan warganet sama ada baik atau buruk sebagai satu bentuk serangan kepadanya.
Ujarnya, setiap kritikan yang diberikan wajar dilihat dari sudut positif untuk dia sebagai pelakon memperbaiki mutu lakonan seterusnya membuktikan bakat dan kemampuan dalam industri seni.
“Kecaman itu normal. Saya tak kisah jika dikecam atau dikritik. Sebagai manusia biasa, saya ada kekurangan.
“Kalau mereka mahu kecam, cakap bukan-bukan kepada saya, terpulang. Itu hak mereka. Setiap orang ada pandangan. Ada yang minat, ada yang kurang minat.
“Jika ada yang silap, saya betulkan. Mana yang baik, saya akan terus tingkatkan. Saya tahu, masih banyak lagi ilmu yang saya perlu gali dalam dunia lakonan,” katanya.
Sumber: Utusan