Berita Kononnya Ira Kazar Sedang Hamil, Ini Reaksi Puteri Sarah Liyana

Umum mengetahui akan kisah rumah tangga melibatkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof bersama dua isterinya Puteri Sarah Liyana dan juga Faghirah Fatini Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.

berita kononnya ira kazar sedang hamil, ini reaksi puteri sarah liyana

Baru-baru ini, timbul gosip mengatakan madu kepada Puteri Sarah itu kini sedang berbadan dua, selepas mereka selamat bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari lalu.

 

Puteri Sarah bagaimanapun enggan menyerabutkan kepala memikirkan tentang khabar angin itu, selain beliau sendiri tidak tahu mengenai kesahihan perkara tersebut.

berita kononnya ira kazar sedang hamil, ini reaksi puteri sarah liyana

“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah.

“Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya.

 

Khabar angin tentang Ira Kazar sedang hamil telah sampai kepada pengetahuannya dan anak-anak sebelum beliau mengerjakan umrah baru-baru ini.

 

Dalam pada lain, Puteri Sarah berharap agar perbicaraan di mahkamah pada 7 Mac bagi sebutan pertama kes penceraian yang difailkan Sarah nanti berjalan dengan baik.

 

“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut.

“Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.

“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik.

“Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” katanya lagi.

 

Puteri Sarah juga menambah beliau sudah move on dan enggan ambil peduli lagi mengenai kisah suaminya itu.

 

Sumber: Kosmo!