Sharnaaz Ahmad Ada ‘Kawan’ Baru, Ini Reaksi Jujur Azira Shafinaz

Nama Azira Shafinaz suatu ketika pernah digosipkan kononnya bercinta bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun kedua mereka menafikannya.

sharnaaz ahmad ada ‘kawan’ baru, ini reaksi jujur azira shafinaz

Terbaharu, Sharnaaz dikatakan kini sedang berkawan rapat dengan pelakon baharu, Amelia Christie, selepas kedua-dua mereka muncul bersama di sidang media dan tayangan perdana filem Polis Evo 3 sambil berpimpin tangan.

dilihat berpegangan tangan, sharnaaz dan amelia masih fasa perkenalan

Baca: Dilihat Berpegangan Tangan, Sharnaaz dan Amelia Masih Fasa Perkenalan

 

Bagaimanapun menurut Azira, beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakannya itu, dan berkata Sharnaaz juga berhak untuk mendapat kebahagiaannya sendiri.

 

"Sejujurnya, seperti yang pernah saya katakan, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. Dengan siapa pun dia berkawan, dia berhak dapat kebahagiaan.

"Dia adalah bapa tunggal, jadi saya yakin, dia juga ada impian untuk berkeluarga. Semoga dia mendapat jodoh yang baik-baik. Insya Allah," kata Azira.

azira shafinaz teringin nak ada zuriat sendiri, “cemburu lihat orang lain dah ada anak..”

Tambah Azira, beliau juga ada terlihat video Sharnaaz bersama Amelia yang hadir bersama ke sidang media Polis Evo 3 baru-baru ini.

 

Menurut Azira yang juga salah seorang ahli kumpulan De Fam ini lagi, sebagai artis beliau tidak lari daripada diajukan soalan peribadi, misalnya mengenai kisah percintaan.

 

"Sebagai artis, orang akan tanya soalan begini apabila kita rapat dengan sesiapa pun. Bagi saya sendiri, saya selalu menjaga pergaulan saya.

"Bila saya rasa ada benda untuk dikongsikan, saya akan kongsikan. Kalau orang lain yang bercakap, itu mungkin hanya spekulasi atau itu adalah apa yang mereka mahukan.

"Sebagai seorang artis juga, saya tak boleh nak tutup mulut semua orang. Jadi, saya anggap, tak mengapalah," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro