Reaksi Aiman Hakim Ridza Bila Isteri Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Lain

Umum sedia maklum pelakon, Aiman Hakim Ridza adalah suami kepada pelakon wanita jelita, Zahirah Macwilson sejak Februari 2020.

reaksi aiman hakim ridza bila isteri lakon babak mesra dengan pelakon lain

Meskipun sudah berstatus suami dan isteri, pasangan ini tidak berhenti daripada berlakon dan saling menyokong kerjaya masing-masing. Malah, baru-baru ini juga tular klip video daripada drama lakonan Zahirah bersama seorang pelakon lelaki yang dikatakan mempunyai dialog ‘double meaning’.

reaksi aiman hakim ridza bila isteri lakon babak mesra dengan pelakon lain

Memetik laporan daripada Gempak, Aiman mengakui tidak kisah apabila melihat isterinya itu melakonkan babak mesra bersama pelakon lain, termasuklah juga aktor Hafreez Adam menerusi drama terbaharu mereka berjudul Tiada Maaf Buatmu.

 

Menurutnya, hal berkenaan adalah kerana ia salah satu tuntutan kerja sebagai seorang pelakon dan dirnya tidak perlu untuk berasa cemburu terhadap perkara itu.

 

“Pada saya tiada masalah untuk lihat isteri saya melakokan babak-babak yang bersentuhan, itu pada saya adalah sebahagian daripada art dalam lakonan dan ia merupakan satu pekerjaan.

“Saya tak pernah letak set pemikiran untuk melihat pekerjaan yang dilakukan itu sebagai peribadi seseorang.

“Bila ada babak-babak sedemikian saya tak pernah terfikir itu ada isu atau cemburu dan sebagainya,” kongsi Aiman kepada Gempak.

 

Malah, Aiman turut menyifatkan isterinya itu sebagai seorang yang profesional ketika di set penggambaran.

 

Terdahulu, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson dan Hafreez Adam telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai drama terbaharu lakonan mereka yang berjudul Tiada Maaf Buatmu.

 

Sumber: Gempak