Pelakon, Raysha Rizrose kini sah menjadi isteri kepada pelumba kereta Formula 2 (F2), Nabil Jeffri.
Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, berkata beliau mula mengenali suaminya itu menerusi laman Twitter dan hubungan itu mulai rapat ketika dia masih bersekolah.
Sepanjang 11 tahun perkenalan, akhirnya Nabil melamar Raysha sebagai isteri pada 16 Ogos tahun lalu di lokasi yang sama dia dilamar ketika menjadi kekasih dahulu.
Raysha juga tidak menafikan ada turun naik sepanjang lebih sedekad perkenalan itu.
Ditanya soal kerjaya dalam bidang lakonan selepas bergelar isteri, Raysha berkata dia akan menjadi selektif dalam memilih watak kerana sudah tentu keutamaan diberi lebih kepada suaminya sendiri.
Tambah Raysha lagi, beliau dan suami belum memikirkan soal berbulan madu dan menyerahkan soal rezeki cahaya mata kepada Allah SWT.
Sumber: Mstar
FOTO: Jaydee Mohamad