Ramai Gadis Ternanti-nanti Video Baru Mierul Aiman, “Akhirnya Bukan Story!”

Drama Projek: High Council telah memberi satu impak yang cukup besar bukan sahaja kepada penonton, malah para pelakonnya.

 

Antara watak yang berjaya menambat hati penonton drama ini adalah Nor Fakhri bin Firdaus Ismet, lakonan Mierul Aiman.

rahang mierul aiman jadi kegilaan lepas drama projek: high council meletup

Mierul Aiman, 24, atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman bin Norazman memegang watak utama dalam Projek: High Council. Beliau dilahirkan dan menetap di Putrajaya, mendapat pendidikan di UNISEL dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, sebelum bergiat aktif dalam bidang peragaan dan juga lakonan.

rahang mierul aiman jadi kegilaan lepas drama projek: high council meletup

Pelakon hebat ini memulakan karier pelakon kanak-kanak dalam drama bersiri kanak-kanak Qalesya dan memegang watak sebagai Syahadat/Sadat yang disiarkan di Astro Prima pada tahun 2009. Nama Mierul semakin dikenali selepas bergelar juara dalam program Hero Remaja 2021.

ramai gadis ternanti-nanti video baru mierul aiman, “akhirnya bukan story!”

Menjengah ke laman sosial miliknya, ternyata ramai peminat khasnya gadis menanti-nantikan perkembangan terkini Mierul Aiman. Lihat sahajalah jumlah tontonan di Tiktok @mierulaimanx, hampir semua video yang dikongsi olehnya meraih lebih sejuta view dan ratusan komen!

ramai gadis ternanti-nanti video baru mierul aiman, “akhirnya bukan story!”

Malah tak sampai beberapa jam selepas Mierul Aiman berkongsi video di Tiktoknya itu, ramai mengerumuni ruang komen dengan pelbagai reaksi dan tanda suka.

 

@mierulaimanx

Pagi! 🖤

♬ Coi Leray Players DJ Saige Mashup - Saige

 

Terdahulu, Projek: High Council mengisahkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak namun bertemu semula di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT), iaitu sebuah sekolah berasrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang "Pilihanraya", sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh "High Council". Pemenang "Pilihanraya" akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT, disebut sebagai Kapla.

Baca: Rahang Mierul Aiman Jadi Kegilaan Lepas Drama Projek: High Council Meletup

Baca juga: Peminat Pakat Serbu Ruang Komen ‘Kapla High Council’, “Mata Dia Lawa..”

 

Sumber: Tiktok