Video Erra Fazira dan Anak Gadisnya Jadi Tumpuan, Ramai Ingat Adik Beradik

Baru-baru ini tular video Tiktok yang menunjukkan penyanyi Erra Fazira menari bersama anak gadisnya menerusi laman Tiktok.

video erra fazira dan anak gadisnya jadi tumpuan, ramai ingat adik beradik

Pasangan anak beranak ini dilihat melakukan trend lagu ‘Kadang Bikin Aku Kesal’ yang kini popular di platform media sosial itu.

 

Namun apa yang mencuri perhatian adalah raut wajah anak gadisnya yang berusia 13 tahun itu, Engku Aleesya Engku Emran yang mendapat pujian dengan rata-ratanya memuji kecantikan beliau.

 

“Bersama Aleesya, dia layankan sahaja mom dia,” tulis Erra pada ruangan kapsyen.

 

@errafazirawc One with Aleesya.. Dia layankan aja mom dia 😆🤭 . . @faithfleurhq ♬ original sound - Fazira Wan Chek

 

Menjengah ke ruangan komen, warganet sepakat memuji kecantikan anak gadisnya yang dilihat mewarisi kejelitaan Erra yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992.

video erra fazira dan anak gadisnya jadi tumpuan, ramai ingat adik beradik

Engku Aleesya merupakan cahaya mata Erra bersama bekas suami, Engku Imran menerusi perkahwinan mereka yang dibina pada 25 Oktober 2007.

video erra fazira dan anak gadisnya jadi tumpuan, ramai ingat adik beradik

Sumber: Tiktok