Astro Radio Jadi Peneman Ramai Di Malaysia Ketika Pandemik

Takkala pandemik COVID-19 melanda, ramai antara kita yang berada di rumah mahupun pejabat mempunyai cara tersendiri bagi mengisi kekosongan setiap hari.

 

Nyata, hasil kajian Gfk Radio Audience Measurement (RAM) Wave 1, 2021 menunjukkan peningkatan baharu radio di Malaysia dengan pencapaian sebanyak 94% jumlah individu di Semenanjung Malaysia, setara dengan 20.6 juta pendengar radio mingguan, yang meningkat sebanyak 282,000.

 

Ia bermaksud, radio masih menjadi pilihan ramai ketika pandemik COVID-19 ini!

 

Daripada jumlah itu, Astro Radio meningkatkan kadar pasarannya kepada 74.4% pendengar radio yang sedia ada atau 15.3 juta pendengar mingguan, meskipun dalam situasi yang tidak dijangka sebegini.

astro radio jadi peneman ramai di malaysia ketika pandemik

Peningkatan jangkauan pendengar Astro Radio dijayakan oleh 18.7 juta aliran radio digital bulanan, 23 juta pengikut media sosial, 127.7 juta purata tontonan video bulanan, 7.4 juta purata tontonan laman web bulanan dan 64.9 juta jangkauan halaman Facebook bulanan.

 

Jenama-jenama dibawah Astro Radio terus kukuh di kedudukan No. 1 di kesemua bahasa: ERA, jenama Melayu No. 1; HITZ, jenama Inggeris No. 1; MY, jenama Cina No. 1; dan RAAGA, jenama Tamil No. 1.

  • ERA meningkatkan jangkauan mingguannya di kalangan pendengar muda Melayu berusia antara 10 hingga 29 tahun, dari 2.8 juta menjadi 3.2 juta, dan mencapai jangkauan radio tertinggi Malaysia dalam kumpulan usia ini.
  • SINAR, jenama kedua yang paling banyak didengari di Malaysia menyaksikan peningkatan jumlah pendengar mingguan dari 4.8 juta ke 4.9 juta.
  • GEGAR, jenama radio No. 1 di Pantai Timur meningkatkan ‘Pendengar Setia’ kepada 332,000 dan mencapai ‘Time Spent Listening’ (Jumlah Masa Pendengaran) tertinggi untuk jenama Melayu pada 8 jam dan 4 minit setiap minggu.
  • Dengan 2.2 juta pendengar mingguan, HITZ mencapai ‘Pendengar Setia’ tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 269,000 pendengar.
  • LITE menyaksikan peningkatan ‘Segmen Pagi’ sebanyak hampir 50,000, dan sekaligus 458,000 pendengar dan peningkatan ‘Pendengar Setia’ dari 79,000 menjadi 101,000 pendengar.
  • Jumlah pendengar mingguan di MY meningkat kepada 2.2 juta, sementara ‘Segmen Petang’ meningkat kepada 1.3 juta pendengar. MY juga mencapai ‘Time Spent Listening’ (Jumlah Masa Pendengaran) tertinggi untuk jenama Cina dan meningkatkan jumlah ini kepada 7 jam dan 30 minit setiap minggu.
  • RAAGA meningkatkan pendengar mingguannya kepada 1.4 juta. Peningkatan ini juga berdasarkan ‘Segmen Pagi’ dengan peningkatan tertinggi dari 148,000 hinga ke 920,000 pendengar, serta peningkatan ‘Segmen Petang’ menjadi 815,000 pendengar. RAAGA juga mencatatkan kenaikan ‘Time Spent Listening’ (Jumlah Masa Pendengaran) tertinggi berbanding semua jenama Radio, yang meningkat kepada 10 jam 2 minit setiap minggu.

astro radio jadi peneman ramai di malaysia ketika pandemik

Kajian dilakukan selama 6 minggu dengan gabungan diari radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) yang diedarkan kepada 6,000 individu unik di seluruh Semenanjung Malaysia untuk memahami tabiat mendengar mereka. Sebanyak 18 jenama radio komersial mengikuti kajian ini dan Astro Radio memperoleh 6 dari 10 kedudukan jenama teratas.

 

Sumber: Astro Radio