Pernah mendapat jolokan King of Smule, penyanyi Khai Bahar bukan sahaja popular di Malaysia, malah mempunyai kumpulan peminat cukup besar dari negara jiran.
Pemilik nama sebenar Muhammad Khairul bin Baharuddin ini telah berkongsi satu video pendek di Instagram yang meraih perhatian ramai warganet.
Menerusi video berkenaan, Khai dilihat sedang bersenam di gim dengan mengangkat berat sambil memakai singlet kuning, sehingga menampakkan otot pada badannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat khasnya wanita dilihat teruja melihat susuk tubuh badan sado penyanyi itu. Malah, ada juga yang menjadikan Khai sebagai inspirasi untuk mendapatkan tubuh badan sihat dengan mengamalkan senaman serta menjaga pemakanan seimbang.
Sumber: Instagram Khai Bahar