Wanita Idaman Mierul Aiman Haruslah Berdarah ‘Mix’, Ramai Pakat Nak Jadi Kekasih

Pelakon popular, Mierul Aiman baru-baru ini telah membuat pengakuan tentang kriteria wanita idamannya.

wanita idaman mierul aiman haruslah berdarah ‘mix’, ramai pakat nak jadi kekasih

Ujar pemilik nama sebenar Muhammad Amirul Aiman Norazman ini, wanita idamannya itu haruslah berkulit kuning langsat dan juga perlu berdarah campuran (mix).

 

“Berkuning langsat. Dia juga mix (darah campuran) macam ada rencah,” kata pelakon Projek: High Council itu.

 

@era.je Ececeh warna kuning langsat yang @mierulaiman mahu 😆 siapa agaknya artis yang dalam ciri-ciri yang Aiman nak tu eh #sharERA #3PagiERA ♬ original sound - ERA

 

Susulan daripada pengakuan itu, ramai peminat kini berebut-rebut mahu menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.

wanita idaman mierul aiman haruslah berdarah ‘mix’, ramai pakat nak jadi kekasih

Dalam temu bual tersebut, Mierul juga diajukan soalan bagaimana sekiranya aktres, Anna Jobling, memenuhi kriteria wanita idaman beliau dan Mierul hanya menyigakan kenyataan terbabit.

 

“Boleh dikategorikan juga,” jawabnya pendek tanpa memperincikan dengan lebih lanjut maksud maklum balas diberikan.

 

Sumber: Tiktok ERA