Isu Bercuti Di Thailand, Rakyat Malaysia Jelas Makanan & Penginapan Di Sana Lebih Murah

Tinjauan media tempatan baru-baru ini mendapati ramai rakyat negara ini gemar melancong ke Hatyai, Thailand pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana destinasi tersebut lebih murah berbanding dengan beberapa destinasi pelancongan popular di dalam negara ini.

isu bercuti di thailand, rakyat malaysia jelas makanan & penginapan di sana lebih murah

Negara itu juga dikatakan menawarkan bilik hotel tiga bintang pada harga murah walaupun terletak di tengah pusat bandar seperti Hatyai.

Tidak ketinggalan, kemudahan pengangkutan yang mudah dan murah serta jaringan jalan raya yang selesa juga adalah antara sebab yang menyebabkan ramai warga Malaysia lebih memilih untuk melancong ke sana.

Kongsi seorang pemuda bernama Muhammad Ekmal Hakim Abdullah dari Kangar, Perlis, dia lebih gemar melancong ke sana kerana harga yang murah.

“Saya biasa masuk Thailand dengan kereta atau motor bersama rakan. Memang seronok ke sana sebab lebih meriah dan banyak tempat pelancongan menarik, selain harga sangat murah.

“Nak makan lauk sedap tetapi dengan harga murah, memang Thailand lah tempatnya. Saya dan empat kawan hanya dikenakan harga kurang RM200 untuk hidangan yang bagi saya sudah tahap mewah,” ujarnya.

Selain itu, dia juga berkata harga bilik di sana lebih murah berbanding destinasi 

“Malah, bagi hotel lebih RM100 biasanya ada disediakan tab mandi beserta sarapan. Jika di Pulau Langkawi, sudah pasti harga bilik hotel standard itu le­bih RM300,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo