Rahang Mierul Aiman Jadi Kegilaan Lepas Drama Projek: High Council Meletup

Jika anda sedang melayan drama bersiri yang hangat ditayangkan di Astro ketika ini berjudul Projek: High Council, pasti anda cukup kenal dengan watak utamanya, Nur Fakhri Firdaus Ismet.

rahang mierul aiman jadi kegilaan lepas drama projek: high council meletup

Watak Fakhri yang digalas oleh pelakon yang sedang meningkat naik, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman ini telah menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana wataknya dalam drama itu, malah bentuk rahang ‘jantan’ yang dimiliki beliau.

rahang mierul aiman jadi kegilaan lepas drama projek: high council meletup

 

 

Ujar Mierul yang juga merupakan juara Hero Remaja 2021, beliau meluahkan rasa syukur selepas namanya kini semakin dikenali dalam industri seni selepas drama Projek High Council menjadi sebutan ramai.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @mierulaiman

 

“Tidak mahu mendabik dada tetapi bersyukur dengan semua pujian ramai mengenai lakonan saya.

“Kerja keras yang diletakkan dalam setiap lakonan akhirnya membuahkan hasil dan membuktikan setiap mimpi pasti akan direalisasikan Tuhan. Cuma perlu bersabar serta terus berdoa,” katanya.

 

Beliau juga menerima apa sahaja teguran, gurauan, komen serta kritikan meskipun pada fizikal sebenarnya.

rahang mierul aiman jadi kegilaan lepas drama projek: high council meletup

“Sebagai seorang pelakon, saya mengamalkan prinsip menerima apa sahaja gurauan, komen dan kritikan daripada peminat.

“Rasa lucu juga rahang saya jadi perhatian tetapi itulah fizikal sebenar saya. Saya bangga dengan aset tersebut,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!