“Idea Yang Lama Diidamkan…” Radja Gabung Dengan Ella, Konsert 12 November!

Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) bersama-sama ratu rock negara, Ella disatukan dalam sebuah konsert antara benua Indonesia-Malaysia yang julung-julung kali diadakan pada 12 November 2023 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

“idea yang lama diidamkan…” radja gabung dengan ella, konsert 12 november!

“Ini merupakan idea yang sudah lama diidamkan bahawa Radja ingin sekali berkolaborasi dengan ratu rock Malaysia Ella di pentas yang sama, dan pihak penganjur Orange Entertainment International yang berjaya merealisasikannya.

“Dua lagu hits kami ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini disamping menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” kata Moldy di persidangan bersama media.

Namun, Ian Kasela vokalis dalam kumpulan Radja turut berkata mereka akan cuba terus berkarya. Tidak kira jika tidak mengeluarkan lagu baharu tetapi mereka akan mencari jalan lain katanya dalam Selebriti Podcast Radja.

“Radja masih ada kesinambungan dalam berkarya. Kita bersyukur bahawa kita sudah mempunyai banyak lagu hits.

“Sebagai band atau soloist, yang ditunggu itu adalah karya. Tak kisah kalau dia legend atau sesiapa tetapi kalau dia tiada karya lagi, dia akan selesai. Tidak ada karya baru, karya lama dibaharukan!” katanya lagi dalam Selebriti Podcast Radja.

Jadi korang, kita memang tak sabar nak tengok konsert Radja lagi-lagi bergabung dengan Ella. Memang wow! Kalau korang nak dengar lagi kisah Radja, dengarkan Selebriti Podcast Radja hanya di SYOK!