Pelakon remaja, Qistina Raisah baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat tampil dengan imej baharu rambut berwarna merah jambu.
Qistina yang berusia 15 tahun itu telah berkongsi momen sewaktu memotong rambut dan mewarnakannya dengan warna pink di sebuah salon.
Namun, ramai yang perasan bahawa kekemasan potongan rambut Qistina dilihat tidak begitu selari, membuatkan netizen berasa kurang senang melihatnya.
Kebanyakkan netizen mengatakan bahawa potongan itu nampak kurang kemas dan ia kelihatan sangat jelas sewaktu video tersebut diambil.
Malah, ada yang berkata ia bukanlah potongan rambut yang dilakukan profesional dan tidak sesuai dengan imej Qistina sebagai pelakon remaja yang masih berusia belasan tahun.
Terdahulu, Qistina telah menerima kritikan ramai apabila dikatakan cuba menjadi ‘dewasa’ dengan penampilan agak berani di media sosial.
Sumber: Instagram