Pelakon remaja, Qistina Raisah meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir wartawan yang menaburkan fitnah terhadap dirinya.
Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, pelakon berusia 15 tahun ini tidak faham dengan sikap segelintir wartawan yang sengaja membuat hantaran dan tajuk artikel yang menimbulkan fitnah terhadap dirinya.
“Saya tak faham sangat dengan wartawan-wartawan yang tiada hati perut ini. Tak rasa bersalah ke buat tajuk yang saya sendiri tak pernah terfikir pun nak cakap macam tu?
“Korang timbulkan fitnah saya tak pernah dengki dengan orang yang ada award, saya tumpang gembira lagi ada,” kata Qistina.
Difahamkan, Qistina berang dengan artikel dan tajuk dari sebuah portal hiburan tempatan yang mendakwa beliau meminta artis yang sudah berjaya agar tidak menghina pelakon yang tiada anugerah.
“Korang semua memang dah melampau, tak pernah terfikir budak 15 tahun nak kena hadap semya benda ni,” tambah Qistina lagi.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai, khususnya warganet yang bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon muda ini.
Nama Qistina Raisah mula menjadi sebutan ramai kerana dilihat tampil dengan imej dewasa, meskipun usianya baru belasan tahun. Bagaimanapun Qistina akui tidak pernah mengambil hati dengan kecaman netizen, dan sudah bersedia dari segi mental untuk sebarang kritikan.
Baca: Penampilan Tak Sesuai Dengan Usia 14 Tahun, Qistina Raisah Dah Sedia Kena Kecam Cuma..
Sumber: Instagram