Jangan Tak Tahu, Putrajaya Masih Laksana Sekatan Jalan Raya

Bermula dari 5 hingga 18 Mac depan, beberapa negeri di Semenanjung dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
 
Antara kawasan yang dikenakan PKPP adalah Putrajaya, manakala dua lagi kawasan berdekatan iaitu Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan PKPB.

jangan tak tahu, putrajaya masih laksana sekatan jalan raya

Tambah lagi, kebenaran untuk orang ramai melakukan aktiviti rentas daerah juga diberikan, namun rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

 
Meskipun sekatan jalan raya di sempadan daerah telah ditamatkan sejak 5 Mac lalu, kawasan Putrajaya masih meneruskan sekatan jalan raya secara rawak bagi memastikan orang ramai tidak memasuki Putrajaya tanpa surat kebenaran bagi melindungi daerah itu daripada risiko jangkitan COVID-19.
 
"Ini kerana Putrajaya dikeliling oleh Kuala Lumpur dan Selangor yang masih di bawah PKP Bersyarat (PKPB). Jika tidak dikawal, Putrajaya ini akan menjadi kawasan orang ramai berkumpul.
 
"Itu sebab jika orang luar datang buat aktiviti di sini tanpa surat rentas daerah, polis akan mengenakan kompaun," kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.

 
Tambah lagi, penduduk Putrajaya boleh menjalankan aktiviti dalam komuniti tanpa kehadiran orang luar dan meminta orang ramai memberi kerjasama bagi melindungi daerah itu daripada pandemik COVID-19.

 
Sumber: Astro Awani