Putrajaya Catat Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi Setakat Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,910 kes (737,103 kes kumulatif, 89.1%);
  • Kes baharu : 9,353 kes (827,191 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (3 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 9,342 kes [6,645 warganegara (71.1%); 2,697 bukan warganegara (28.9%)];
  • Kes aktif : 84,021 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 959 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 451 kes;
  • Kes kematian : 87 kes (6,067 kes kumulatif, 0.73%; 78 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,058 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,188 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 870 kluster.

 

Daripada 87 kes kematian yang dilaporkan, sebanyak 50 kes di Selangor, lapan (8) kes di Johor, enam (6) kes di Pahang, masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, dan Negeri Sembilan, empat (4) kes di Melaka, dua (2) kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

putrajaya catat kebolehjangkitan covid-19 tertinggi setakat ini

Tambah KKM lagi, berdasarkan data terkini kadar kebolehjangkitan (RT) COVID-19 pada 9 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.11. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.19). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Perak (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.16), Kedah (nilai RT 1.13), Pahang (nilai RT 1.11), Sabah (nilai RT 1.10), Terengganu (nilai RT 1.08), Melaka (nilai RT 1.05), dan Negeri Sembilan (nilai RT 1.04).

putrajaya catat kebolehjangkitan covid-19 tertinggi setakat ini

putrajaya catat kebolehjangkitan covid-19 tertinggi setakat ini

Sumber: KKM