“Saya Disini Jika Awak Perlukan Saya,” Puteri Sarah Liyana Titip Semangat Buat Bella Astillah

Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkata beliau sedia menjadi tempat mengadu buat penyanyi, Bella Astillah, andai dia memerlukan bantuan.

“saya disini jika awak perlukan saya,” puteri sarah liyana titip semangat buat bella astillah

Menurut pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, beliau sedia untuk hadir andai isteri kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz itu memerlukan tempat luahan selepas melalui episod hitam.

 

“Kepada sahabat saya Bella, awak ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis.

“Jadi, saya di sini sekiranya awak perlukan saya,” katanya dalam InstaStory yang turut memuat naik fotonya bersama Bella.

“saya disini jika awak perlukan saya,” puteri sarah liyana titip semangat buat bella astillah

Dalam hantaran lain, Puteri Sarah meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada Bella dan tidak menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar.

 

“Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella dan janganlah kita menghakimi dia.

“Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang. Saya tahu cerita dari awal sampai akhir, jadi tak baik kita hakimi dia.

“Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang dan sama-samakita berdoa untuknya,” katanya lagi.

“saya disini jika awak perlukan saya,” puteri sarah liyana titip semangat buat bella astillah

Terdahulu, rumah tangga Bella Astillah sekali lagi diuji selepas suaminya, Aliff Aziz dilapor berkhalwat bersama pelakon wanita, Ruhainies, menerusi tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada awal pagi Sabtu, 9 Mac.

 

Sumber: Instagram