Tak Fikir Panjang, Puteri Sarah Terus Setuju Bila Ditawar Watak Perampas Suami Orang

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tanpa memikirkan panjang terus bersetuju apabila ditawarkan watak sebagai perampas suami orang dalam siri drama terbaharu di Astro berjudul ‘Hijrah Jannah’.

tak fikir panjang, puteri sarah terus setuju bila ditawar watak perampas suami orang

Baca: Kisah Poligami & Wanita Mualaf Dalam Drama Terbaharu di Astro, Hijrah Jannah

 

Menurut Sarah, watak yang dibawanya dalam drama itu merupakan karakter antagonis dan beliau amat teruja membawakan watak itu kerana dapat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

tak fikir panjang, puteri sarah terus setuju bila ditawar watak perampas suami orang

“Ketika saya ditawarkan untuk memegang watak Munirah, saya tidak berfikir panjang. Saya terus bersetuju untuk jayakan watak ini sebab ia dapat mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah, semasa saya jayakan watak Umairah dalam Andai Itu Takdirnya saya terima maklum balas positif, jadi kali ini saya nak cuba watak lain berbeza pula,” katanya.

 

Sarah turut berkata, semasa berada dihadapan kamera, beliau akan mengenepikan semua masalah peribadi dan memberikan komitmen kepada kerjayanya.

 

“Sebagai seorang pelakon, saya akan tolak tepi segala masalah peribadi apabila sudah masuk set penggambaran. Ketika penggambaran Andai Itu Takdirnya pun saya sedang melalui masalah tetapi saya tetap berikan komitmen dengan melupakan seketika masalah peribadi.

“Saya faham orang akan persoalkan kenapa saya bawa watak perampas. Tapi saya rasa watak ini menarik. Tak tahu kenapa saya seronok bawa watak perampas. Jadi, kenapa tidak?” katanya lagi.

tak fikir panjang, puteri sarah terus setuju bila ditawar watak perampas suami orang

Drama terbaharu Hijrah Jannah ini mengisahkan tentang Jannah atau Janet yang memutuskan untuk memeluk Islam agar boleh bersama dengan kekasihnya, Syawal Fitri. Namun, pengorbanan Jannah juga membuatnya diasingkan oleh keluarganya sendiri. Selain itu, penerimaan ibu mertuanya terhadap Jannah juga merosak hubungan suami isteri antara Syawal dan Jannah. Meskipun menghadapi pelbagai ujian, termasuk poligami, Jannah tetap berusaha memperdalami ilmu agama untuk menjadi seorang isteri yang baik. Dalam perjalanan mencari ilmu, Jannah bertemu dengan Zakri, seorang fasilitator agama yang jatuh cinta padanya.

 

Hijrah Jannah akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).

kisah poligami & wanita mualaf dalam drama terbaharu di astro, hijrah jannah

Penonton juga boleh menonton drama ini melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

 

Sumber: Astro AWANI