"Puteri Sarah Menantu Kami Dunia Akhirat, Tiada Pengganti!" – Ibu Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail kini menyerahkan kepada menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana untuk membuat keputusan mengenai rumah tangganya bersama suami.

puteri sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti! – ibu syamsul yusof

Ujar Datin Patimah, beliau mendoakan kebahagiaan Sarah yang dianggap sebagai menantunya di dunia dan akhirat.

puteri sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti! – ibu syamsul yusof

"Puteri Sarah Liyana. Mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung. Sarah berhak membuat keputusan sendiri.

"Harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah. Mama tetap mendoakan kebahagiaan Sarah.

"Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti!" tulisnya.

puteri sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti! – ibu syamsul yusof

Terdahulu, beliau turut memuatnaik hantaran dengan keterangan membawa maksud sama.

 

"Jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat. Tapi, dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak," tulisnya.

 

 

Dalam Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Jumaat, Syamsul dan Sarah gagal mencari jalan penyelesaian apabila Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

 

Sumber: Instagram Datin Patimah / Gempak