Tak Rela Dimadu, Puteri Sarah Liyana Minta Dilepaskan

Isteri pertama kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana akhirnya meminta Syamsul untuk melepaskannya.

 

Menurut beliau, ia selepas tindakan suaminya itu yang mahu berbincang dengannya, malah beliau juga sudah disekat.

 

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic,” ujar Puteri Sarah.

 

 

Hantaran itu turut mendapat sokongan ramai, termasuk rakan artis.

tak rela dimadu, puteri sarah liyana minta dilepaskan

Menerusi IG Story, Puteri Sarah turut berkongsi responnya mengenai tindakan suaminya itu, malah berpendapat kedua-dua anaknya pasti malu mendapat ayah seperti Syamsul.

tak rela dimadu, puteri sarah liyana minta dilepaskan

Terdahulu, Syamsul Yusof telah mengesahkan bernikah bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa Ira sendiri. Bagaimanapun pernikahan itu mendapat tentangan ramai, termasuklah daripada isteri pertamanya yang masih sah, iaitu Puteri Sarah Liyana.

 

Sumber: Instagram