Puteri Sarah Liyana Dedah Dirinya Diperdaya Hingga RM26,000, “Pulangkan Atau Saya Lapor Polis..”

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya telah diperdaya seorang pegawai pemasaran yang telah mengambil wang berjumlah RM26,000 tanpa persetujuannya.

puteri sarah liyana dedah dirinya diperdaya hingga rm26,000, “pulangkan atau saya lapor polis..”

Menurut Puteri Sarah, pegawai itu mendakwa ia adalah sebagai caj 45 peratus daripada keuntungan perniagaan yang dipersetujui sejak Oktober lalu bagi memasarkan produknya, namun kerja yang dibuat tidak mencapai standard ditetapkan.

 

“Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran.

“Dia juga ada pegang wang tunai dalam satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu.

“Kerja satu apa pun tak buat, tiba-tiba dia kata duit tersebut adalah duit untuk gajinya,” katanya menerusi video siaran langsung yang dimuat naik semula dalam TikTok.

puteri sarah liyana dedah dirinya diperdaya hingga rm26,000, “pulangkan atau saya lapor polis..”

Puteri Sarah dalam pada itu masih memberi peluang kepada individu terbabit untuk memulangkan semula wang yang diambil dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika individu itu enggan berbuat demikian.

 

@_norainibasre_ #maajunnenda #arasyimalaysia #arasyidharman #puterisarahliyana #norainibasre #norainibasreshop #binafshasweet ♬ bunyi asal - Noraini Basre

 

“Dia nak jadi rakan kongsi tapi tak mahu keluar modal. Kalau nak jadi rakan perniagaan, kena bagi duit.

“Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis.

“Saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua itu, saya harap dapat duit saya kembali,” katanya tegas.

 

Sumber: Tiktok