“Mekah Tempat Saya ‘Healing’ Sambil ..,” Puteri Sarah Liyana Bacakan Doa Peminat Depan Kaabah

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluangnya untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah adalah satu rezeki yang dikurniakan Allah, dan mengakui ia adalah tempat terbaik buatnya untuk bermuhasabah diri.

“mekah tempat saya ‘healing’ sambil ..,” puteri sarah liyana bacakan doa peminat depan kaabah

Menurut Puteri Sarah lagi, umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam jika diberi peluang dan rezeki dijemput ke sana.

 

“Sejak saya pergi ke Mekah, ramai tanya kenapa asyik pergi umrah? Berapa kali mahu pergi umrah?

“Sebenarnya, tiada had pun untuk seseorang itu pergi mengerjakan ibadah. Semuanya bergantung kepada rezeki dan ini adalah rezeki saya.

“Tempat ini (Mekah) adalah tempat saya ‘healing’ sambil beribadah selain muhasabah diri sendiri,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

 

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga sudah menyampaikan kiriman doa peminat di hadapan Kaabah, selain turut berdoa agar dirinya dijemput sekali lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji di masa akan datang.

“mekah tempat saya ‘healing’ sambil ..,” puteri sarah liyana bacakan doa peminat depan kaabah

“Alhamdulillah doa-doa yang anda semua mesej langsung (DM) atau WhatsApp saya sudah bacakan di depan Kaabah

“Ya Allah panggilah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali ke sini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu.

“Aku yakin jika Engkau berkehendak maka tidak ada satu pun yang boleh menghalangnya,” tulisnya lagi.

 

 

Terdahulu, Puteri Sarah telah menunaikan ibadah umrah bersama dua orang cahaya matanya pada Januari lalu.

 

Sumber: Instagram