Pelakon, Puteri Sarah Liyana tidak melatah apabila ditegur segelintir individu yang mendakwa dirinya kini nampak lebih berisi serta dagu berlapis.
Menurut pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, hanya mereka yang tidak bahagia sahaja tampil kurus, berbeza dengan dirinya kini yang sedang dalam fasa gembira.
“Mestilah dah gemuk, aku sudah gembira sekarang, aku dah bahagia mestilah dah berisi.
“Ade ke kau tengok orang bahagia makin kurus?
“Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti berisi,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.
Netizen rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Puteri Sarah, termasuk ada yang dilihat memerli bekas madunya, Ira Kazar, yang berbadan kurus.
“Betul kata Sarah, tengok sajalah orang sebelah sana (Ira Kazar), berjaya merampas tapi kebahagian tidak terbit jua, kurus kering dibuatnya makan hati jaga suami liar,” komen netizen itu.
“Setuju 100 peratus, orang tidak bahagia saja boleh kurus kering macam mayat sebab tengah fikir berjuta masalah, kita yang selalu gembira ni elok je naik badan, suami pun makin sayang,” demikian komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, Puteri Sarah didakwa menjalin hubungan cinta dengan usahawan Indonesia, Andi Arsyil Rahman, kerana dilihat sering muncul bersama dalam siaran langsung Tiktok.
Bagaimanapun Puteri Sarah menjelaskan hubungannya bersama Andi hanya sekadar rakan perniagaan.
Baca juga: Puteri Sarah Liyana Nafi Letak Kepala Pada Bahu Andi Arsyil, “Saya Hanya Berpaling..”
Sumber: Tiktok