“Suka Ke Tiba-Tiba Tahu Kahwin Di Thailand?”, Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof

Konflik rumah tangga yang berlaku antara pelakon, Puteri Sarah bersama suaminya yang juga seorang pengarah popular, Syamsul Yusof kini masih belum berakhir.

“suka ke tiba-tiba tahu kahwin di thailand?”, puteri sarah persoal tindakan syamsul yusof

Baru-baru ini, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan suaminya itu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

Menurut Puteri Sarah, beliau turut mengundang spekulasi ramai apabila memberi bayangan seolah-olah Syamsyul sebenarnya sudah berkahwin di Thailand.

 

“Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tahu kahwin di Thailand?

“Lepas itu, tak mengaku? Nak saman Jawi tu dah betul-betul pasti ke? Sis tanya saja. Nak sambung makan popcorn (bertih jagung). Kat Disneyland (Jepun) ini popcorn sedap,” tulisnya di Instastory.

“suka ke tiba-tiba tahu kahwin di thailand?”, puteri sarah persoal tindakan syamsul yusof

Terdahulu, Syamsul mendedahkan akan mengambil tindakan undang-undang sebanyak RM10 juta kepada JAWI kerana agensi tersebut dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

 

Ia ekoran daripada dakwaan yang mengatakan Syamsul kini sudah berkahwin bersama Ira Kazar, anak kepada pelakon Kazar Saisi.

 

Sumber: Kosmo!