“Tiap Hari Saya Padam Lebih 300 Komen Negatif,” – Puteri Balqis

Pelakon remaja, Puteri Balqis mengakui memadamkan ratusan komen negatif pada akaun Instagramnya setiap hari.

“tiap hari saya padam lebih 300 komen negatif,” – puteri balqis

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Aqish, tindakan itu dibuat kerana menganggap media sosial adalah plaform bebas untuk bersuara tanpa ada gangguan pihak luar.

 

“Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen terutama sekali yang menghina pendidikan saya.

“Disebabkan itu tidak nampak sebarang komen negatif dalam media sosial saya kerana saya padam atau sekat.

“Saya anggap laman sosial saya kampung dan diari. Di situ memang tempat selamat bagi saya, jadi tidak mungkin saya akan biarkan mereka berkampung dalam laman sosial saya,” katanya menerusi video dalam aplikasi TikTok.

 

Tambah lagi, sebilangan kaki kecam pada akaun Instagramnya turut mengejek beliau apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“tiap hari saya padam lebih 300 komen negatif,” – puteri balqis

Padanya, semua orang perlu mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan dan tidak seharusnya menjadi bahan kecaman.

 

“Sebagai contoh apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan orang mengejek, saya akan terus sekat.

“Saya dapat komen seperti ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ ataupun budak kampung yang tidak perlu acah cakap Inggeris. Belajar bahasa lain juga penting sebagai ilmu pengetahuan.

“Orang putih pun pandai cakap Melayu kerana mereka mahu belajar bahasa kita. Jadi, apa salahnya kita belajar bahasa lain? Tak semestinya belajar bahasa kedua kita lebih agungkan negara mereka,” ujarnya lagi.

 

@malaysianspeaks Gempak betul accents Puteri Balqis kan. Kalau dapat tawaran berlakon dalam Harry Potahh pun mantap ni #puteribalqis #harrypotter #fyp #artismalaysia #viralmalaysia ♬ original sound - Malaysian Speaks

 

 

Sumber: Tiktok