Longlai : Punca Netizen Marah Dengan Pemain Naturalisasi

longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

UAE benam Malaysia 4-0 pada aksi kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022. Semua peminat bola sepak tempatan dah tahu perkara ini. Tak dinafikan ramai juga yang menjangkakan skuad Harimau Malaya akan tewas kepada UAE. Tapi kenapa bila kalah, semua orang marah? 


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Sebelum kita jawab soalan itu, kita kena kembali ke tahun 2019. Malaysia tewas 1-2 kepada UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tapi semua penyokong berpuas hati dan gembira selepas perlawanan tersebut.


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia pamer persembahan cemerlang walaupun tewas. Pada babak pertama boleh dikatakan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menguasai perlawanan dan banyak mencipta peluang. Penyerang, Syafiq Ahmad meletakkan Malaysia di depan seawal minit pertama. Tapi dengan pemain berkualiti yang dimiliki UAE, mereka berjaya bangkit untuk mencatat kemenangan. Perlawanan itu menyaksikan kesemua pemain Harimau Malaya beraksi bersungguh-sungguh. Brendan Gan mengemudi bahagian tengah, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid pula berada pada prestasi terbaik untuk beri tekanan kepada pertahanan UAE. Itu sudah cukup untuk memuaskan hati puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan lagi yang menonton di rumah.


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Apa yang membezakan rekasi penyokong kali ini pula ialah cara skuad negara tumbang di Dubai. Longlai, tidak bertenaga dan clueless. 2 lagi pemain naturalisasi dipanggil menyarung jersi kebangsaan iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula. Harapan penyokong mula menggunung. Sebelum ini, hanya dengan Sumareh, Malaysia mampu kucar-kacirkan pertahanan UAE, apatah lagi dengan 3 pemain naturalisasi. Tak termasuk pertambahan pemain berdarah kacukan lagi! 


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Namun, kedua-dua pemain ini seakan-akan hilang di atas padang. Tak keterlaluan kalau kita cakap mereka langsung tidak memberi impak pada perlawanan tersebut. Sehinggakan pundit Astro Arena, Nidzam Jamil menyifatkan de Paula sebagai malas pada perlawanan itu. Lebih banyak berjalan daripada berlari. Liridon juga seakan-akan tiada persefahaman dengan rakan sepasukan untuk menggerakkan jentera serangan.
Ada yang meluahkan pandangan, kenapa tak diturunkan sahaja pemain tempatan secara keseluruhan? Andaikata pemain tempatan ini juga tidak dapat beraksi baik, sudah pasti timbul pula persoalan kenapa tak diturunkan pemain naturalisasi. Betul tak? 


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Mungkin keserasian pasukan menjadi isu. De Paula dan Liridon baru kali pertama menyarung jersi kebangsaan dalam aksi kompetitif. Brendan Gan pula tidak dapat diturunkan kerana berdepan hukuman penggantungan 1 perlawanan. Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh pula tidak berada pada prestasi terbaik kerana kecederaan dan kurang minit permainan bersama JDT. Tonggak pertahanan, Shahrul Saad tidak tersenarai dalam pasukan juga kerana kecederaan. Kemasukan Junior Eldstal pada babak kedua juga gagal beri impak positif. Malaysia bolos 3 lagi gol selepas dia dimasukkan. Maknanya bukan hanya pemain naturalisasi sahaja yang beraksi kurang cemerlang.


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Tapi ada juga antara pemain kita yang masih mengekalkan prestasi mereka. La’Vere Corbin Ong, Matt Davies dan penjaga gol, Farizal Marlias. Syafiq Ahmad juga pamer kesungguhan biarpun dimasukkan sebagai pemain gantian. Kita kena respect dengan Syafiq. Berdepan tragedi pada hujung tahun lalu kemudian kurang mendapat minit permainan bersama JDT, tapi tetap membuktikan dia masih mampu beraksi di tahap tertinggi. 


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Jadi, salah Tan Cheng Hoe ke semua ni? Tak jugak. Hampir 2 tahun skuad negara tidak beraksi secara kompetitif. Ini semua disebabkan COVID-19. Jahat betul COVID ni. Habis porak-peranda satu dunia. Ditambah dengan pemain utama yang kurang cergas dan tidak berada pada prestasi terbaik, pengendali skuad kebangsaan ini terpaksa menggunakan khidmat beberapa muka baru seperti Dion Cools dan Luqman Hakim. Dion Cools beraksi dengan baik tapi masih nampak belum ada keserasian dengan kapten kita, Aidil Zafuan. Luqman pula jarang mendapat bola selepas dimasukkan. 


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Dalam perlawanan yang penting ini, Cheng Hoe mungkin terpaksa memilih pemain-pemain ini kerana membawa segunung harapan penyokong Malaysia yang ingin melihat pasukan ini melangkah lebih jauh dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini. Siapa sangka percaturan Cheng Hoe tidak menjadi? 


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Bukanlah kita sebagai penyokong tidak boleh meluahkan rasa tak puas hati kepada pemain. Boleh. Luahkan. Marah pun tak apa. Kerana bila kita marah, itu tandanya kita ambil berat dengan pasukan kebangsaan kita. Nak marah pemain naturalisasi? Silakan. Nak marah COVID? Teruskan. Tapi selepas kita berpuas hati melepaskan amarah, takkan kita nak benci pasukan kebangsaan kita? Mestilah tak! Kita tetap akan menyokong skuad Harimau Malaya. Masih ingat pada 2015? Malaysia diaibkan 0-10 oleh UAE. Tapi selepas itu kita tetap menyokong semula pemain dan pasukan kebangsaan kan? Macam tu lah situasinya sekarang ni.


longlai : punca netizen marah dengan pemain naturalisasi

Ada kira-kira seminggu lagi sebelum Malaysia akan berdepan Vietnam dan Thailand. Tan Cheng Hoe perlu lakukan sesuatu supaya anak buahnya mampu memenangi kedua-dua perlawanan tersebut untuk menghidupkan peluang Malaysia muncul sebagai naib juara kumpulan. Itu tugas Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih. Apa pula tugas kita sebagai penyokong? Terus berikan sokongan dan berdoalah supaya dibuka pintu hati semua pemain negara untuk pamerkan prestasi berpedoman. Bukan hanya semberono. Itulah tugas penyokong. 

Oleh: Karami Kamel