Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Jadi Rujukan Lengkap Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan buku Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semalam.
buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Menerusi ucapan pelancaran beliau, buku panduan ini diterbitkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi, selain menjadi rujukan kepada para pembuat dasar dan pelaksana serta untuk rujukan masyarakat.

 
Tambah lagi, vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari 2021, diikuti pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Februari 2021, di mana Perdana Menteri sendiri akan menerima suntikan vaksin pada hari tersebut bersama-sama petugas barisan hadapan.
buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Menerusi buku Buku Panduan Program Imunisasi ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melalui tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 26 Februari sehingga April 2021. Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Febuari 2022.

buku panduan program imunisasi covid-19 jadi rujukan lengkap rakyat malaysia tentang vaksin
 
Buku Panduan Imunisasi ini boleh dimuat turun menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my .