Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan poster yang memaparkan kenyataan kononnya rakyat tidak lagi wajib memakai pelitup muka bermula 29 Mac.
Poster yang turut memaparkan wajah Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu adalah tidak benar dan palsu.
.
Menurut portal Sebenarnya.my, poster palsu yang turut menggunakan logo Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu telah menjadi tular di media sosial dan menimbulkan panik dan persoalan dalam masyarakat.
.
“Penyebaran berita palsu banyak memberikan kesan buruk kepada individu, masyarakat dan negara.
“Marilah kita bersama menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab,” ujar MKN dalam satu hantaran di Facebook.
.
Pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi kewajipan kepada orang ramai khasnya ketika berada dalam majlis dan di tempat awam.
.
Sumber: [1]