Padam Foto Lama, Peminat Tertanya-Tanya Post Terbaru Nonny Nadirah

Laman sosial milik pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menjadi perhatian ramai sejak malam tadi.

padam foto lama, peminat tertanya-tanya post terbaru nonny nadirah

Mana tidaknya, selepas memadamkan posting terdahulu, pemilik Instagram @nonnynadirah itu dilihat berkongsi video 38 saat yang memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring, namun dengan wajahnya yang ditutup alat pelindung muka.

padam foto lama, peminat tertanya-tanya post terbaru nonny nadirah

Tidak dapat dipastikan siapa wanita disebalik pelindung muka itu, namun ia jelas menimbulkan persoalan mengenai penampilan terbaharu dirinya.

padam foto lama, peminat tertanya-tanya post terbaru nonny nadirah

Hantaran itu turut disertakan dengan kapsyen berbunyi “ It’s good to be back”.

 

 

Nonny, 32 atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

 

Sumber: Instagram @nonnynadirah