Polis Buat Rondaan Di Hari Raya, Periksa Rumah ke Rumah

Bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah, sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu.

polis buat rondaan di hari raya, periksa rumah ke rumah

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata tindakan itu juga bagi memastikan SOP dipatuhi dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

 

Katanya lagi, ada segelintir individu yang mengambil peluang untuk merentas negeri ketika cuaca tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan serta pemeriksaan.

 

“Kadang-kadang bukannya disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) oleh kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka, jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan).

“Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepas pemeriksaan,” kata beliau kepada pemberita.

polis buat rondaan di hari raya, periksa rumah ke rumah

PDRM dalam pada itu akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan memeriksa dari rumah ke rumah.

 

“Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya,” jelas beliau lagi.

 

Sumber: Astro Awani