Jenayah yang dilakukan secara atas talian seperti scammer yang mengaut keuntungan atas angin, kini dilihat semakin menjadi-jadi. Ramai juga yang telah menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini, yang rata-ratanya dilakukan melalui panggilan telefon.
Scammer biasanya akan menyamar sebagai pegawai polis atau pihak berkuasa dan juga orang dari bank, menakut-nakutkan mangsa dengan tuduhan palsu.
Menerusi rakaman yang dilakukan oleh seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau membongkarkan satu taktik kononnya dari Poslaju yang menerima bungkusan kad pengenalan berserta kad kredit.
Pegawai polis itu yang menyamar sebagai ‘mangsa’ turut menggunakan nama dan IC yang direka, namun pihak scammer mendapati nama dan IC itu telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa.
Dalam panggilan telefon itu juga, si scammer telah mengajar pegawai polis berkenaan cara untuk melakukan laporan polis, dan panggilan telefon tersebut disambungkan kepada ‘Ibu Pejabat Polis Sabah’, melalui seorang ‘pegawai’ yang ditugaskan untuk mengambil report.
‘Mangsa’ turut ditakut-takutkan dengan kes jenayah berat dan mungkin akan dipenjarakan.
‘Mangsa’ juga diminta untuk memberikan maklumat akaun bank termasuk nombor kad ATM, dan nombor pin TAC.
Ketiga-tiga video yang dirakamkan oleh pegawai polis itu telah mendapat perhatian ramai, dan berharap agar aktiviti scammer ini dapat dibanteras dengan segera.
Sumber: Rahmat Fitri