PKP 3.0 Dilanjutkan, Bantuan Lebih Menyeluruh Menyusul

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Fasa 1 kawalan pergerakan akan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai.

pkp 3.0 dilanjutkan, bantuan lebih menyeluruh menyusul

Menurutnya ketiga-tiga indikator itu ialah meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.

 

“Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mulai sekarang ini kita tak sebut PKP, kita sebut kita berada di fasa.

“Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” kata Perdana Menteri.

 

Jelas Perdana Menteri lagi, fasa pertama ini akan terus dilaksanakan sehingga kes berada dibawah 4,000.

“Kita masih di fasa pertama dan fasa pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencecah nilai ambang.

“Ia termasuk kes di bawah 4,000, kes di ICU sudah turun dari paras tenat dan masalah vaksinasi yang akan ditingkatkan,” katanya.

pkp 3.0 dilanjutkan, bantuan lebih menyeluruh menyusul

Dalam masa sama, langkah-langkah untuk kawalan kepada masalah penyakit dan wabak serta pematuhan SOP masih berterusan.

"Umpamanya, di Selangor kita beri perhatian khusus kerana Selangor dilihat terkesan besar kerana kes-kesnya lebih 1,000, semalam 2,000 dan sebagainya.

"Jadi, sebab itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan (Menteri Kanan Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah umumkan kawasan-kawasan di Selangor akan diberikan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang lebih ketat di kawasan-kawasan yang diumumkan.

"Kenapa begitu, antara kes yang banyak berlaku ialah di Selangor seperti tempat kerja, kediaman ataupun dalam komuniti. Banyak telah berlaku begitu, kalau kita nak menurunkan kadar kes ini kita perlu memberi perhatian dalam kawasan-kawasan sebegini," katanya lagi.

 

 

Ekoran daripada itu, beberapa langkah susulan lain dijangka dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes di seluruh negara dapat diturunkan.

 

Sumber: Astro AWANI