Pierre Andre Akui Hidup Tanpa Handphone dan Media Sosial Sejak 10 Tahun Lalu

Pelakon dan pengarah, Pierre Andre mendedahkan beliau tidak mempunyai telefon bimbit dan juga media sosial sejak 10 tahun lalu.

pierre andre akui hidup tanpa handphone dan media sosial sejak 10 tahun lalu

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 39, segala urusan melibatkan kerja akan melalui isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim.

 

“Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri.

“Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

“Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.

 

Katanya, beliau akan meminjam telefon isterinya andai mahu mengikuti perkembangan semasa.

 

Beliau juga berkata tindakannya itu kerana mahu memberi laluan kepada generasi muda dan mahu menumpukan perhatian kepada anak dan keluarga.

 

“Bukan saya tidak mahu berhubung dunia luar tetapi mahu beri peluang kepada budak baru.

“Saya pula jenis ‘family man’ (sering habiskan masa dengan keluarga). Sekarang tinggal anak beberapa jam, saya mula merindu mereka,” kata beliau.

 

Sumber: HIB Glam