Rentetan masalah politik yang melanda negara, pelbagai perubahan telah terjadi.
Terbaru, melalui Facebook Page Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Istana Johor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak lagi mentadbir negeri itu.
Menurut kenyataan itu, Sultan Ibrahim telah mengadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN untuk mengetahui sokongan mereka. Temubual tersebut diadakan dihadapan DYMM Tuanku dan disaksikan YB Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Hasilnya, 28 ADUN telah memilih Gabungan Baharu berbanding 26 ADUN yang memilih pakatan. Jadi, Gabungan parti yang baharu boleh memberi cadangan nama untuk diangkat menjadi Menteri Besar sebelum menyusun EXCO negeri tersebut.
Sumber: Facebook @officialsultanibrahim