Bermula hari ini, 23 Mei, pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca fasa kedua telah dibuka.
Vaksin AstraZeneca yang diberikan kepada mereka secara sukarela, akan diberikan keutamaan buat warga emas berusia 60 tahun keatas dan buat mereka yang tinggal di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Pendaftaran untuk memohon vaksin ini sudahpun boleh dibuat sejak dari jam 12 tengahari menerusi laman rasmi vaksincovid.gov.my
"Susulan sambutan yang mengalakkan, kerajaan membuka semula inisiatif ini bagi membolehkan warga emas untuk membuat tempatan slot atau akses awal.
"Keprihatinan ke atas warga emas ini adalah atas faktor kumpulan ini perlu terus dilindungi dan mempercepatkan fasa kedua pemberian vaksinasi," kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebelum ini.
Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftaran suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei lalu.
Sumber: Twitter