Permohonan untuk mendapatkan suntikan vaksin Astrazeneca fasa kedua akan mula dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, keutamaan akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang duduk di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Ia juga boleh dilakukan melalui laman web dan juga di klinik kesihatan komuniti, menurut Khairy dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, kerajaan telah membuka pendaftaran vaksin AstraZeneca secara sukarela pada 2 Mei bagi individu berusia 18 tahun dan suntikan vaksin itu dimulakan pada 5 Mei lalu.
Sumber: Astro AWANI