Perlu Serah Telefon Bimbit Sebelum Buang Undi - SPR

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan satu garis panduan bagi memudahkan urusan para pengundi.

 

Menurut SPR dalam infografik yang dimuatnaik mereka baru-baru ini, pengundi diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi, selain perlu menyerahkan telefon bimbit kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).

 

Perkara itu telah dimasukkan dalam 10 langkah pengundian yang perlu dipatuhi pengundi ketika mengundi pada 19 November nanti.

perlu serah telefon bimbit sebelum buang undi - spr

Langkah keenam menjelaskan pengundi diminta menyerahkan telefon bimbit kepada ketua tempat mengundi selepas mengambil kertas undi. Sebaik sahaja selesai membuang undi, pengundi akan kembali ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk mengambil semula telefon bimbit masing-masing.

 

Rujuk infografik dibawah:

perlu serah telefon bimbit sebelum buang undi - spr

Sumber: SPR