Masih Perlu Hidup Norma Baharu Meskipun Dah Ada Vaksin

Meskipun vaksin COVID-19 sudah ada di negara ini, masyarakat masih perlu untuk patuh kepada norma baharu kehidupan seperti yang diamalkan sebelum ini.

masih perlu hidup norma baharu meskipun dah ada vaksin
 
Menurut Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, masyarakat perlu diterangkan secara konsisten mengenai vaksin itu bagi memastikan orang ramai benar-benar faham tentang kepentingan serta kesan vaksin berkenaan.

 
Jelasnya, ia adalah perlu kerana wujud kekhuatiran bahawa masyarakat mungkin melihat vaksin sebagai jawapan akhir bagi menangani masalah pandemik tersebut di negara ini.
Tegasnya lagi, masyarakat harus faham bahawa vaksin hanya untuk meningkatkan imuniti badan, bukan ubat kepada virus berkenaan.

 
"Kita masih dalam jumlah kes harian melebihi dua ribu sehari, masih lagi amat tinggi. Paling merisaukan saya ialah tahap kesedaran masyarakat. Apabila melihat penerimaan vaksin, ada masyarakat fikir ini adalah penyelesaian bagi segala-galanya.
"Vaksin bukan ubat. Ini mesej perlu masyarakat faham… kerana selepas suntikan vaksin, masyarakat tetap perlu mengamalkan norma baharu – penjarakan, hand sanitizer, elak tempat mempunyai ramai orang berisiko dan sebagainya,” katanya lagi.

 
Tambahnya, ia juga perlu bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat tentang vaksin COVID-19, tanpa mengira lokasi di Malaysia.
 
"(Sebagai contoh, saya tinggal di Sabah, jadi saya percaya ramai rakyat di Sabah, Sarawak, dan tidak terkecuali di Semenanjung, banyak berada di kawasan sangat terpinggir. Bagaimana kita nak bagi mereka ini pengetahuan, dan sampaikan vaksin ini kepada mereka. Supaya mereka juga dapat hak yang sama seperti masyarakat lain,” katanya lagi.
 

Sumber: Astro Awani