Dr Noor Hisham Beri Peringatan Berhubung Kelonggaran Aktiviti, Perniagaan

Berhubung kelonggaran aktiviti yang diumumkan bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memberi satu peringatan khas kepada orang ramai mengenainya.

 

Menurut beliau, kelonggaran aktiviti yang melibatkan kebenaran untuk dine in dan juga pembukaan pasar malam bagi negeri Fasa 1 PPN adalah untuk membantu ekonomi, dan bukanlah kerana ia selamat untuk dilakukan.

 

"Pastikan pakai pelitup muka, dua lapis jika perlu, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.

"Elak kawasan sesak dan tempat yang sempit. Sentiasa berwaspada dan dapatkan vaksin (COVID-19) dengan segera," memetik status beliau.

dr noor hisham beri peringatan berhubung kelonggaran aktiviti, perniagaan

Antara kelonggaran aktiviti sosial dan perniagaan yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kebenaran dine-in, aktiviti sukan tanpa sentuh dan juga pasar malam dan pasar minggu.

 

Sumber: DG Hisham