Perak Rancang Bina Kereta Kabel Dari Tapah Ke Cameron Highland

Jika anda pernah ke Cameron Highland khasnya ketika musim cuti persekolahan mahupun ketika perayaan, anda pasti pernah terperangkap dalam kesesakan trafik disini.

perak rancang bina kereta kabel dari tapah ke cameron highland

Ekoran itu, Perak kini dalam peringkat cadangan untuk membina kereta kabel antara Tapah ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang. Ia sebagai projek perdana dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian).

perak rancang bina kereta kabel dari tapah ke cameron highland

Bagaimanapun menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Tapah, Muhamad Sahlan Husnin berkata, pembinaan itu bergantung kepada pandangan awam.

 

Katanya cadangan membina kereta kabel dari Tapah ke Ringlet juga dibuat selepas melihat sektor pelancongan kawasan tersebut yang boleh memberi impak di daerah berkenaan.

 

Dengan kehadiran pelancong untuk ke kawasan itu melalui Tapah, kemudahan kereta kabel dilihat dapat mengurangkan kesesakan jalan raya. Bagaimanapun, ia masih dalam peringkat perancangan draf rancangan tempatan tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian