Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut Meningkat 15 Kali Ganda di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat peningkatan sebanyak 15 kali ganda bagi kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) sehingga 14 Mei lalu.

penyakit kaki, tangan dan mulut meningkat 15 kali ganda di malaysia

Sebanyak 31,661 kes dicatatkan sehingga minggu epidemiologi 19/2022 berbanding 1,676 kes pada ME 18/2022.

.

“Pada tahun ini sehingga 14 Mei lalu, Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 8,864 kes (28 peratus).

“Ia diikuti oleh Kuala Lumpur dan Putrajaya 4,421 kes (14 peratus), Sabah 2,650 kes (lapan peratus), Perak 2,638 kes (lapan peratus) dan Kelantan 2,493 kes (7.9 peratus), sementara negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 1,500 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

.

Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi negeri tertinggi kes penularan HMFD iaitu sebanyak 308 wabak (35 peratus), diikuti Selangor 111 wabak (12 peratus) dan Perak 105 wabak (12 peratus).

.

Tambahnya lagi, majoriti penularan melibatkan taska, tadika dan prasekolah (65 peratus), diikuti rumah persendirian (34 peratus) dan pusat jagaan kanak-kanak (3 peratus).

.

Sebahagian besar daripada penyakit HFMD dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah iaitu 29,781 kes (94 peratus), diikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 1,473 kes (lima peratus).

.

Sumber: [1]