Penonton Mula Geram Dengan Dr Aiman, Drama LIAR Kini Makin Suspen!

Ketegangan semakin terasa ketika menonton drama adaptasi seri thriller British pencalonan BAFTA yang berjudul LIAR, yang kini sudah memasuki episod 6.

penonton mula geram dengan dr aiman, drama liar kini makin suspen!

Menjengah ke media sosial, rata-rata penonton dilihat mulai melepaskan kemarahan terhadap watak Dr. Aiman yang dilakonkan oleh Tony Eusoff yang diduga telah memperkosa Lara yang dimainkan oleh Tiz Zaqyah, termasuk Detektif Nissa yang diperankan oleh Nadiya Nisaa.

penonton mula geram dengan dr aiman, drama liar kini makin suspen!

Berikut adalah antara komen oleh warganet di media sosial selepas menonton enam episod drama LIAR:

 

“Aku baru lepas layan straight dari episod 4 hingga 6, padan muka kau Dr Aiman! Tapi hujung-hujung tu ada tease orang mati kat sungai, aku harap bukan Dr Aiman la. Bacul la kau Dr kalau kau dah kantoi kau bunuh diri..”

 

“Ok me nak cakap fasal Liar Malaysia. Wey me baru sempat tengok episod 3. Babeng la dia punya twist. Maknanya memang Dr Aiman jantan bedebah yach! Memang dia masuk something dalam air teh untuk Lara. Hidup-hidup me percaya dia sangat baik dan innocent. Cis..”

 

“Akhir sekali, Dr. Aiman. Konon tak nak campur dengan keluarga gila. Kau la yang gila. Kalau suka Lara, terus terang. Bukannya letak antidot ke apa entah dalam air. Lepas itu, r***l dan twist cerita. Angin betul aku dengan kau ni. Kesian Lara..”

 

"Baru tengok episod 4 kat tv. Omg Dr Aiman! Kesian detektif Nissa. People are saying episod 5 lagi intense okey kena bersedia..”

 

"Damm Dr Aiman are nasty with Liar Malaysia. Rapist!" komen beberapa penonton menerusi laman Twitter.

Selain itu, lakonan mantap Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa juga mendapat pujian dari penonton. Liar memiliki pelakon-pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato' Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nissa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

penonton mula geram dengan dr aiman, drama liar kini makin suspen!

Dua pihak, satu kebenaran. LIAR mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Setelah bercerai dengan suaminya, Lara mencoba untuk melanjutkan hidup dan mulai keluar dengan janji temu. Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara. Ketika pertemuan yang indah berubah menjadi tuduhan pemerkosaan, itu menimbulkan banyak pertanyaan. Namun Aiman membantah tuduhan tersebut dan Lara melancarkan serangan online terhadap Aiman. Siapa yang berbohong?

 

Naskah tersebut disutradarai oleh Jason Chong, Imri Nasution, dan Lim Siu Min. Saksikan drama LIAR setiap Sabtu di platform On Demand atau Astro Go, dan Astro Ria setiap Isnin, pukul 9 malam.

Sumber: Astro AWANI