Penonton...Janganlah Rosakkan Peluang!

Sabtu lalu, sekumpulan penyokong berkumpul di perkarangan Stadium MBPJ untuk aksi Liga Super antara Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC. Rakaman video insiden tersebut telah viral dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen tak bersetuju dengan tindakan kumpulan penyokong tersebut sambil menggunakan #MentalitiJuara. Netizen ni pun, bukan main pedas lagi sindiran mereka.
 



Sebab utama ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan mereka ini ialah sekarang ni kan masih musim COVID-19. Ada segelintir daripada kumpulan itu yang tak memakai pelitup muka dengan betul dan tak perlulah kita sembang pasal penjarakan sosial dalam video tu kan? Tambahan pula, Selangor ni merupakan negeri yang kerap duduki tangga teratas untuk kes positif harian COVID-19. Mungkin netizen bimbang jumlah kes semakin meningkat.

penonton...janganlah rosakkan peluang!

Selain netizen, ada pihak lain yang menentang perbuatan sebegini iaitu Liga Bolasepak Malaysia atau MFL. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan kesal dengan insiden tersebut kerana memberi kesan kepada usaha pihaknya untuk membenarkan penonton kembali ke stadium dalam masa terdekat. Beliau juga sifatkan tindakan kumpulan penyokong tersebut tidak sensitif kerana langsung tidak mengendahkan SOP ketika ini dan keinginan penyokong lain yang mahu kembali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium. Datuk Ab Ghani juga enggan perkara seumpama ini berulang dan meminta semua penyokong menghormati garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Walaupun peminat dituntut untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, jangan lah sampai kita abaikan SOP. Sebab kalau terjadi apa-apa, ia melibatkan rakyat seluruh negara. Mungkin isu ini berlaku di stadium Petaling Jaya, mungkin kesannya nanti menyebabkan Stadium Alor Setar pula yang tak boleh dimasuki peminat. Dah setahun dah kita semua ni tak masuk stadium. Fikir-fikirkalah…..
 
 
Oleh: Karami Kamel