Pengundi Positif COVID-19 Wajib Pakai Pelitup Muka dan Dilarang Naik Kenderaan Awam

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, mana-mana pengundi yang disahkan positif COVID-19 adalah diwajibkan untuk memakai pelitup muka semasa mengundi.

pengundi positif covid-19 wajib pakai pelitup muka dan dilarang naik kenderaan awam

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sambil mengingatkan pengundi positif COVID-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam, termasuklah e-hailing.

 

"(Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan) singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi, dan perlu pulang segera selepas selesai mengundi," katanya.

 

Pengundi lain juga dinasihatkan untuk memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, selain mematuhi penjarakan fizikal yang selamat semasa mengundi nanti.

 

Tambah Dr Noor Hisham lagi, pengundi yang belum menerima dos penggalak COVID-19 juga dinasihatkan untuk segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Semasa hari mengundi nanti, beberapa petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat pengundian bagi membantu melancarkan urusan pengundi positif COVID-19 dan menasihatkan mereka untuk patuh kepada nasihat petugas kesihatan bertugas.

 

Sebanyak 2,882 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di Malaysia pada Sabtu, 12 November, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 4,946,583 kes.

 

Sumber: HMetro